Friday 11 May 2012

reflection overall blog


My overall reflection
Alhamdulillah kerana dengan rahmat dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan tugasan blog pengajaran iaitu e-portfolio dalam kursus ini.Terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah , kawan –kawan yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.

Setelah 14 minggu melalui pelbagai pengajaran dan pembelajaran ,saya berjaya menghasilkan satu blog yang amat berguna untuk diri saya sendiri.Daripada blog ini saya belajar pelbagai benda.Dari tidak tahu langsung cara membuat blog tetapi akhirnya saya dapat menghasilkan blog saya sendiri.Jika sebelum ini,saya hanya melihat dan melawat blog-blog kawan tetapi sekarang saya sudah ada blog sendiri.

Banyak cabaran yang saya hadapi ketika dalam proses menyiapkan blog ini.Salah satu sebab saya mempunyai masalah adalah kerana saya tidak pernah ada blog sebelum ini dan saya tidak berminat untuk membuat blog.Ketika saya mendapat tugasan ini,saya mengeluh.Saya tidak yakin saya dapat menyiapkan tugasan blog ini.Tetapi dengan bantuan kawan-kawan ,saya dapat belajar sedikit demi sedikit bagaimana untuk menjadikan blog kita ini menarik.Saya juga sentiasa melihat dan mengunjungi blog kawan –kawan untuk meningkatkan mutu blog saya ini.Perkara yang paling menarik ketika membuat blog ini adalah saya dan kawan-kawan duduk dalam satu rumah dan membuat blog masing-masing.Kami bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai blog masing-masing.

Di dalam blog saya ini,saya memuat turun gadget-gadget yang cantik dan menarik seperti jam,kalendar dan macam –macam lagi.Selain itu,yang lebih utama ialah saya memasukkan kesemua element penting yang dikendaki oleh Dr.Saidah .Bagi memastikan blog ini sentiasa teratur ,saya telah melink kan kesemua maklumat dalam satu menu .Sebagai contoh,menu reflection.Dalam menu tersebut,terdapat refleksi-refleksi yang dikehendaki oleh Dr.Saidah.

Harapan saya supaya saya dapat terus menambah serta berkongsi sesuatu dalam blog ini. Semoga blog ini menjadi medium perantaraan antara pendidik dan juga pelajar dalam membincangkan pengajaran serta pembelajaran. Penggunaan ICT bukanlah melalaikan tetapi juga banyak memberi sumbangan dalam pembangunan individu, pendidik dan pelajar. Secara keseluruhannya saya mendapati dengan melengkapkan diri dengan pengetahuan dan ilmu mengenai ICT, seseorang itu dapat bergerak seiring dengan kemajuan teknologi pada era sekarang. Kelebihan ini digunakan untuk menghasilkan teknik serta strategi yang berkesan dalam meningkatkan kualiti pengajaran dalam apa jua mata pelajaran.

No comments:

Post a Comment