Friday 4 May 2012

reflection smart school


Refleksi Smart School
Dengan lafaz bismillah , saya memulakan tugasan pertama bagi kursus ICT in science ini.Tugasan pertama ini dijalankan secara berkumpulan.Dalam tugasan ini,kami dikendaki membaca dua artikel panjang mengenai smart school iaitu .Kami dikendaki menganalisis tentang program smart school yang sedang dijalankan di sekolah-sekolah terpilih di Malaysia.Kami menganalisa tentang kebaikan,keburukan dan penambahbaikan mengenai program tersebut. Selain itu, kami juga mengkaji mengenai perbezaan antara smart school dan sekolah lain.

Membuat tugasan secara berkumpulan merupakan satu teknik pembelajaran yang baik  ini kerana kami dapat berbincang dan menyuarakan setiap idea dan menjadikan idea-idea kami menjadi bernas dan mantap. Ahli kumpulan kami semuanya terdiri daripada perempuan.Ini memberi kelebihan kepada kumpulan kami kerana dapat berbincang di mana sahaja tidak kira masa dan tempat. Kebiasaannya kami berbincang di kawasan kolej kerana tiga orang antara kami tinggal di kolej dan seorang tinggal di rumah sewa sekitar kolej.Ini memudahkan lagi perbincangan dan perjumpaan kumpulan.Disamping itu,kami semua saling memahami tugas dan peranan masing- masing.Kami membahagikan tugasan secara adil untuk mengelakkan kecelaruan dalam ahli kumpulan.

Setiap kesenangan pasti di uji dengan kepayahan.Pertamanya berkenaan dengan perkhidmatan Wi-Fi di kolej dan juga rumah sewa.Kadang-kadang kami tidak berjaya mengakses maklumat yang dikendaki.Semasa hendak menghantar tugasan yang terakhir,kami juga menghadapi masalah yang sama.Selain itu juga,kami rasa tidak dapat memberi sepenuh komitmen kepada tugasan ini kerana kami terlibat dengan pelbagai aktiviti lain.Tetapi alhamdulillah walaupun dalam kesibukan kami berjaya juga menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.

Daripada tugasan ini,kami mendapat banyak maklumat baru mengenai Smart School ini.Jika sebelum ini,kami tidak begitu terdedah dengan program sebegitu dan kami juga kurang mengetahui tentang pelaksanaan program ini di sokolah sekitar negara kita yang tercinta ini.Secara peribadi ,saya dapat pengalaman baru iaitu ini pertama kali saya satu kumpulan dan berkerjasama dengan Ain.

Saya berharap dengan usaha kami semua dapat memuaskan hati pensyarah kami,Dr.Saidah dan berharap dapat mencapai target markah yang diinginkan.

No comments:

Post a Comment